Salam,
Kali ni 4 the 1st time, ayu dgn sifu iaitu Mak Chaq amik 1 booth sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya.
Kami sudah berpakat untuk menjual Barang Hiasan English Style iaitu melalui seni teknik DECAUPAGE..
Ramai jugak la yg mai tgk barang kami jual. Kebanyakannya ramai lagi yg tak tau SENI DECAUPAGE nih..hny beberapa org je yg tau @ minat hiasan ala english nih...
Teknik Decaupage ni ialah teknik mengecat dengan All Purpose Sealer, Glaze, White Gesso, Black Gesso, Warna-warna dan Varnish... Prosesnya sangatlah agak leceh sikit iaitu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Setiap kali kita cat mesti kena guna HAIR DRYER untuk bagi kering sepenuhnya. Bab nak tampal tisu tu yang memerlukan ketelitian yang amat sangat.
Mak Chaq bersama dengan Koleksinya..
Ok la tu at least kami boleh promote barang kami dan bg biz kad kan...Alhamdulillah ada juga la tempahan yg diterima,... SYUKUR....